Portal Komuniti UNITEN KSHAS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Portal Komuniti UNITEN KSHAS

Portal Komuniti Universiti Tenaga Nasional Kampus Sultan Haji Ahmad Shah
 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in

 

 KETEPIKAN RASA MALU (Majlis Konvoksyen UNITEN 2007)

Go down 
AuthorMessage
HaRFeeQue
Admin
HaRFeeQue


Posts : 4
Join date : 2007-08-14
Age : 39
Location : Muar / Johor Bahru / Puchong / Muadzam Shah

KETEPIKAN RASA MALU (Majlis Konvoksyen UNITEN 2007) Empty
PostSubject: KETEPIKAN RASA MALU (Majlis Konvoksyen UNITEN 2007)   KETEPIKAN RASA MALU (Majlis Konvoksyen UNITEN 2007) Icon_minitimeMon Sep 03, 2007 10:44 pm

KETEPIKAN RASA MALU
Oleh Norainon Othman
Harian Metro, Ahad, 2 September 2007

BANGI: “Petua saya ialah bersaing dengan diri sendiri, bukan orang lain. Ketika kuliah, kadangkala kita ada perasaan malu bertanya kerana takut orang lain kata kita bodoh. Tanggapan itu yang menghalang kita daripada maju.

“Jadi saya akan tanya apa saja yang saya tidak faham kepada pensyarah kerana selagi tidak bertanya, selagi itu kita tidak akan dapat jawapannya,” kata Mohd Fairuz A Gani, 23, yang menerima Anugerah Canselor kerana menjadi pelajar terbaik keseluruhan pada Majlis Konvokesyen ke-10, Universiti Tenaga Nasional (Uniten), di sini, semalam.

Penerima Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (kepujian) itu kini berkhidmat sebagai eksekutif kanan di jabatan penyeliaan perbankan Bank Negara.

Anak ketiga daripada empat beradik berasal dari Pontian itu kini berhasrat menyambung pengajian separuh masa pengkhususan dalam bidang profesional iaitu Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA).

Katanya, disebabkan sering sibuk dengan aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), kelab dan persatuan, dia belajar mengimbangkan antara ko-kurikulum dengan akademik.

“Saya perlu fleksibelkan diri iaitu mengulangkaji pelajaran apabila ada masa terluang dan tidak boleh bertangguh. Biasanya saya membuat ulangkaji pada jam 3 atau 4 pagi hingga sebelum masuk waktu Subuh, selain belajar secara berkumpulan,” katanya.

Dia yang mendapat purata gred terkumpul (CGPA) 3.73 berpendapat, aktiviti ko-kurikulum yang disertai pelajar berguna ketika seseorang itu memasuki dunia pekerjaan.

Seramai 1,293 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis konvokesyen Uniten yang diadakan selama dua hari bermula semalam.

Daripada jumlah itu, seorang menerima anugerah Doktor Falsafah, 31 untuk Ijazah Sarjana, Sarjana Muda (939) dan Diploma (268) dalam program kejuruteraan, teknologi maklumat, perniagaan dan perakaunan.

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas selaku Canselor Uniten menyampaikan ijazah pada lebih 600 graduan, semalam.

Habibah Hashim, 47, penerima anugerah Doktor Falsafah pada majlis itu, bersyukur kerana berjaya meraih anugerah itu selepas belajar selama empat tahun enam bulan.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Komputer dan pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, tiada jalan mudah untuk meraih kejayaan, tetapi biarpun ada halangan, dia banyakkan bersabar dan tidak berputus asa.

Ibu enam anak berusia 25 hingga 10 tahun itu percaya, bidang yang dipelajari boleh membantu dirinya sebagai ahli akademik berjaya.

Sementara itu, Muhammad Agil Muhammad Balbed, 23, dari Denpasar, Bali, tumpang gembira dengan kejayaan kembarnya, Mustafa Agil yang menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat pada konvokesyen itu.

Mustafa Agil terlebih dulu meraih ijazah kerana programnya berlangsung empat tahun, manakala Muhammad Agil yang mengikuti pengajian dalam mekanikal perlu mengikuti pengajian selama lima tahun sebelum bergelar graduan.
Back to top Go down
http://harfeeque.multiply.com
 
KETEPIKAN RASA MALU (Majlis Konvoksyen UNITEN 2007)
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Method DAKWAH yg berKESAN di UNiTEN
» Mohd Fairuz pelajar cemerlang Uniten
» DVD & Weblog Sulaman Emas MPP 2007

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Portal Komuniti UNITEN KSHAS :: Umum Dan Pelbagai :: Isu Semasa & Berita Terkini-
Jump to: