Portal Komuniti UNITEN KSHAS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Portal Komuniti UNITEN KSHAS

Portal Komuniti Universiti Tenaga Nasional Kampus Sultan Haji Ahmad Shah
 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in

 

 Mohd Fairuz pelajar cemerlang Uniten

Go down 
3 posters
AuthorMessage
HaRFeeQue
Admin
HaRFeeQue


Posts : 4
Join date : 2007-08-14
Age : 39
Location : Muar / Johor Bahru / Puchong / Muadzam Shah

Mohd Fairuz pelajar cemerlang Uniten Empty
PostSubject: Mohd Fairuz pelajar cemerlang Uniten   Mohd Fairuz pelajar cemerlang Uniten Icon_minitimeMon Sep 03, 2007 10:50 pm

MOHD FAIRUZ PELAJAR CEMERLANG UNITEN
Oleh Norliza Abdullah
Berita Harian, Ahad, 2 September 2007

Mohd Fairuz pelajar cemerlang Uniten 2bm17a

BANGI: Graduan terbaik keseluruhan Majlis Konvokesyen Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Ke-10, Mohd Fairuz A Gani, menganggap penukaran pinjaman pendidikan Yayasan Tenaga Nasional Berhad berjumlah RM80,000 kepada biasiswa sebagai satu hadiah begitu bermakna dalam hidupnya.

Mohd Fairuz, 23, lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) yang kini Eksekutif Kanan di Bank Negara berkata, sebahagian daripada pendapatan yang sepatutnya diguna untuk membayar balik pinjaman pendidikan itu akan menjadi tabungan bagi meneruskan pengajian dalam program profesional.

"Biasiswa ini adalah satu pemberian paling bermakna dalam hidup saya kerana saya seolah-olah menerima wang yang begitu banyak tanpa perlu membayarnya semula selepas menamatkan pengajian," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan wakil graduan pada majlis konvokesyen itu.

Majlis itu disempurnakan Canselor Uniten, Yang di-Pertua Negeri Pulaul Pinang, Tun Dr Abdul Rahman Abbas.

Hadir sama dua Pro Canselornya, Tan Sri Dr Abu Zarim Omar dan Tan Sri Dr Amar Leo Moggie serta Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mashkuri Yaacob.

Pada konvokesyen selama dua hari yang bermula semalam itu, seramai 607 graduan menerima Ijazah dan Diploma masing-masing.

Mohd Fairuz, anak ketiga daripada empat beradik yang berasal dari Pontian, Johor, mencatatkan nilai purata gred keseluruhan 3.73 dan pencapaian cemerlang itu mencerminkan kesungguhannya untuk menjadi yang terbaik di kalangan pelajar Uniten sepanjang tempoh pengajian.

Katanya, beliau bersyukur kerana usaha bersungguh-sungguh sepanjang 10 semester mengikuti pengajian membolehkannya menimba banyak ilmu dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan dengan rakan serta pensyarah.

"Petua kejayaan saya ialah dengan memberi tumpuan sepenuhnya di dewan kuliah di samping mewujudkan kumpulan ketika belajar," katanya.

Pada sidang itu juga, Ketua Jabatan Kejuruteraan Komputer Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Habibah Hashim, menjadi penerima tunggal Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Habibah, 47, menerima anugerah itu selepas usaha gigihnya sepanjang tempoh tiga tahun setengah mengikuti pengajian secara penyelidikan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Beliau yang juga pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM berkata, menerusi proses pembelajaran berterusan beliau dapat mengemaskinikan ilmu pengetahuan untuk dikongsi bersama pelajarnya.

"Perubahan teknologi masa kini begitu pantas dan pengetahuan itu perlu dikemaskini dari semasa ke semasa," kata ibu kepada enam anak berusia 25 tahun hingga 10 tahun itu.

Habibah yang sebelum ini memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dari University of Nottingham dan Ijazah Sarjana dari Tessid University, United Kingdom, berkata beliau memilih Uniten untuk program PhD kerana yakin kualiti pendidikan di universiti tempatan setanding universitu utama di negara maju.

Sementara itu, Mustafa Agil Muhammad Balbed, 23, graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Grafik dan Multimedia), berkongsi kegembiraan pada hari bersejarah itu dengan keluarga iaitu kembarnya, Muhammad Balbed; bapa, Agil Muhammad Balbed dan ibunya, Djamilah Ahmad Balbed.

Keluarga yang berhijrah dari Yemen ke Denpasar Bali, Indonesia itu menjadikan Uniten sebagai pusat pengajian tinggi pilihan kerana yakin program pendidikan berkualiti menyediakan pembelajaran menyeluruh kepada anak mereka.

Mustafa Agil yang kini bertugas sebagai pembantu penyelidik di Uniten, bercadang mengikuti pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana tidak lama lagi.
Back to top Go down
http://harfeeque.multiply.com
azneeta

azneeta


Posts : 7
Join date : 2007-08-20
Location : Serdang, Selangor

Mohd Fairuz pelajar cemerlang Uniten Empty
PostSubject: Re: Mohd Fairuz pelajar cemerlang Uniten   Mohd Fairuz pelajar cemerlang Uniten Icon_minitimeWed Sep 05, 2007 7:11 pm

Quote :
"Petua kejayaan saya ialah dengan memberi tumpuan sepenuhnya di dewan kuliah di samping mewujudkan kumpulan ketika belajar,"

Hmmm.... beri tumpuan???? Rolling Eyes Hmmmm..... Ye ke Fairuz nih..??? Shocked Hehehe *Hampun fairuz

Dulu sesama belajar dengan die... Dolu-Dolu laaa...

Tahniah Fairuz..
Back to top Go down
equapeace

equapeace


Posts : 1
Join date : 2007-09-22
Location : SHaH ALaM, SeLaNGoR

Mohd Fairuz pelajar cemerlang Uniten Empty
PostSubject: Re: Mohd Fairuz pelajar cemerlang Uniten   Mohd Fairuz pelajar cemerlang Uniten Icon_minitimeSat Sep 22, 2007 7:28 am

CaYoK CaYoK.... cheers

BeKaS MPP Yg BesT... lol!
Back to top Go down
Sponsored content





Mohd Fairuz pelajar cemerlang Uniten Empty
PostSubject: Re: Mohd Fairuz pelajar cemerlang Uniten   Mohd Fairuz pelajar cemerlang Uniten Icon_minitime

Back to top Go down
 
Mohd Fairuz pelajar cemerlang Uniten
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Method DAKWAH yg berKESAN di UNiTEN
» KETEPIKAN RASA MALU (Majlis Konvoksyen UNITEN 2007)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Portal Komuniti UNITEN KSHAS :: Umum Dan Pelbagai :: Isu Semasa & Berita Terkini-
Jump to: